Sunday, August 12, 2012

Boss Belanja Iftar Di Famous Thai

Minggu lepas Boss Besar belanja berbuka di Restoran Famous Thai, Seksyen 9 Shah Alam. Menu kali ni semestinya menu masakan Thailand yang sememangnya menjadi feveret MrJocko ;).
 
Sebelah petang kami ada training di pejabat, lepas training, terus ramai-ramai ke sana. Dekat jer pun. Tak sampai 10 minits kami dah sampai.
 
 
Menu kat Restoran Famous Thai ini memang terkenal kat area Shah Alam. Ni kali pertama MrJocko singgah makan sini, sebelum ni tak pernah sedar pun ada Restoran ni pasal asyik nampak Restoran Pelita jer.
 
Menu sempena berbuka di Bulan Ramadhan di Famous Thai tidak ada Buffet. Restoran ini menyediakan sajian hidang dan semestinya tempahan awal diperlukan untuk kemudahan pelanggan.
 
Kali ni kami cuba menu Tomyam Campur, Siakap Tiga Rasa, Sotong dan Ayam. Rasa memang sedap, pasal tu orang kat sini suka makan kat sini. Next time boleh singgah makan kat sini, bawak famili.
 
Apa pun, terima kasih boss, nanti belanja lagi yer.
 
 

1 comment:

hazman aka species1980 said...

whoaaa... UNTUNG la bos belanja makan ... confirm staf kesayangan nie... hehehehe

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998