Dua hari lepas, MrJocko abis kerja awal. Biasa la, keja sendiri, suka-suka nak balik kul berapa. Asal cerita nak ke Pasar Ramadhan TTDI, tapi bila dah sampai sana, punya la payah nak cari parking space. Tawaf jugak la dua tiga kali, pun masih belum ada.
Tiba-tiba teringat depan sikit ada Pasar Ramadhan Sungai Penchala, depan Masjid. Dekat jer pun, so, MrJocko terus ke sana. Tak sampai 5 minit dah sampai.
Masa tu baru jam 4.30 petang, dan sememangnya lauk pauk masih panas, masih banyak dan beraneka pilihan. Walaupun Pasar Ramadhan Sungai Penchala ni tak la besar sangat, tetapi bila MrJocko tengok menu juadah yang ada kat sini memang menyelerakan.
Antara menu favourite juadah MrJocko yang ada kat situ, Udang Galah Goreng, Gulai Itik yang memang sedap, Singgang Daging dari Kelantan dan juga Ayam Percik. Marvelesss memang sedap. MrJocko beli ala kadar sahaja dan Alhamdulillah, semua di atas tak lebih dari RM30.00, murah kan???
MrJocko.com



