Thursday, August 16, 2012

Jualan Tayar Kereta Murah

Baru semalam MrJocko terperasan iklan jualan tayar kereta yang murah sekitar rumah MrJocko ni. Area Segambut. Kalau tengokkan harga yang ditawarkan memang murah.

MrJocko baru tukar tayar bulan lepas, tukar tayar size 215/45R/17 dan cuma dapat harga RM200 sahaja untuk sebiji tayar. Kalau kat sini, harga tawaran cuma RM191, dah jimat RM9 bagi sebiji tayar.

Cuba lihat tayar size 195/60R/15, harga cuma RM158 sahaja. Ini jenia tayar yang selalu orang pakai pada kereta standard. Pasal kalau pakai tayar size ini, memang comfort.

Cuma MrJocko tak tahu tayar yang dijual jenama apa, model apa dan keluaran negara mana. Setakat ni, MrJocko dah pakai jenama keluaran dari Indonesia dan dari China. So far, satu tu dah pakai selama setahun, berbaloi dengan harga. Yang satu lagi baru pakai sebulan, memang superb. Jangan nak banding dengan kualiti tayar jenis Michelin, Falken, Yokohama, Toyo Tires atau jenama yang terkenal kerana semestinya jenama tu sangat mahal berbanding tayar keluaran Malaysia, Indonesia dan China.

Apa pun pilih la tayar kereta korang secara berhemah. Kalau rasa dah 2 tahun pakai tayar tu, rasa elok pergi tukar yang baru. Jangan sampai tayar tu botak, sampai nampak benang tayar, sangat bahaya.

Ada dua tempat lagi yang selalu ada pilihan banyak rims dan tayar kereta pelbagai size. Boleh ke Jalan Kapar di Klang atau pusat Bandar Baru Rawang. Sana ada pelbagai pilihan dari kereta kancil hinggalah 4x4 rims dan tayar.

Glamorous MrJocko

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998