Thursday, August 09, 2012

Layan LCW vs Lin Dan Bersama Samsung

Sempena perlawanan penentuan Pingat Emas antara Lee Chong Wei vs Lin Dan dalam acara Badminton Perseorangan Olimpik London 2012, MrJocko dijemput untuk sama-sama berbuka Puasa dan menonton perlawanan tersebut bersama Samsung Malaysia di Laundry, The Curve Mutiara Damansara.

Event yang bermula sekitar jam 6.30pm ini adalah anjuran bersama pihak Nuffnang Malaysia. Game LCW vs Lin Dan bermula jam 8.00pm, so sempat la kami Maghrib di Surau The Curve dan kembali untuk sambung makan-makan.

Kali ni MrJocko bersama-sama Abang Beautifulnara dan Abang Jejai layan game kat sini. Dan si Nara dan Jejai memang kecoh, memang happening ngalahkan suara orang lain. Tak henti-henti bersorak menyokong Lee Chong Wei.


Menu makanan kat Laundry kira okay la, lite jer. So, MrJocko, Beautifulnara dan Jejai order menu McDonalds dan Popeye untuk berbuka.

Walaupun Lee Chong Wei hanya dapat pingat Perak Olimpik malam tersebut, MrJocko puas hati dapat layan game ni ramai-ramai bersama Samsung Malaysia selaku penaja utama dan geng-geng Nuffies.

Yang frust cuma bila tak bernasib baik lagi. Malam tu ada 3 lucky draw. Ini kerana pihak Samsung bermurah hati menaja 3 smartphones ;). Satu unit Samsung Galaxy S3 dan dua unit Samsung Galaxy Beam. MrJocko, Abang Nara dan Abang Jejai semua melepas.



Apa pun terima kasih kepada Nuffnang dan pihak Samsung Malaysia kerana sponsor kami semua. Next time kalau dijemput sure MrJocko join lagi.
Glamorous MrJocko

2 comments:

KiD said...

aku nak pegi malam tu tapi kena attend bukak posa kat tropicana.. hehehehe.. saper yang menang smartphone tu eh?

MrJocko said...

Justin ke apa nama budak tu, slalu pakai topi, slalu join event,,,

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998