Wednesday, August 29, 2012

Macamana Apple Menang Saman Ke Atas Samsung

 

Menarik juga isu saman menyaman Apple dan Samsung ini kerana ia melibatkan dua gergasi pembuat Telekomunikasi (dalam kes saman ini) dan merupakan pesaing.

Dulu rasanya pernah MrJocko dapat info bahawa pada permulaan produk Apple, mereka menggunakan produk dalaman yang dibuat oleh pihak Samsung. Sekarang, mereka menyaman Samsung kerana isu design Samsung yang dikatakan mirip produk Apple. Guess what, Apple menang dalam kes saman tersebut.

Fakta kes, isu sebenar disebaliknya MrJocko taknak komen, biarla mereka sendiri yang tahu. Yang ruginya pengguna smartphones kerena mereka bakal hilang 8 design keluaran Samsung yang boleh dikatakan antara produk Samsung terbaik. Apakah 8 produk Samsung yang mungkin dihalang dijual di United States tidak lah MrJocko ketahui juga. Mungkin ia termasuk koleksi Galaxy Tab, koleksi Galaxy S dan juga Galaxy Note.

Kalau sesiapa yang dah beli camana??? Kena pulang balik kat Samsung tak???

 

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998