Minggu lepas, seperti biasa MrJocko habis kerja awal. Lama tak singgah ke Pasar ramadhan Taman Tun Dr Ismail. So, plan nak ke sana jer la. Boleh cari menu baru.
Pasar Ramadhan ni dah berubah. Kalau dulu, masa MrJocko tinggal kat sana, Pasar Ramadhan kat TTDI ni di buat sekitar Pasar Besar TTDI. Tetapi sekarang sudah berubah dan di buat di kawasan belakang Balai Bomba TTDI. Tempat pun lebih kecil berbanding dengan tempat lama.
Apa yang menarik perhatian MrJocko, kali ini adalah menu Kambing Golek yang dijual kat sini. Nampak tak Kambing yang di panggang itu. Nampak slim kan??? Harga boleh tahan. Tapi memang benda yang jarang boleh dapat, pas tu sedap pulak tu, boleh la kalau nak cuba sekali sekala.
Ini pula pembeli tengah beratur nak beli lauk pauk kat sana. Ni mesti menu yang best ni, tu pasal la ramai yang beratur panjang. Ingat nak beratur sama, tapi rasa macam lambat jer, terpaksa la skip. Cari menu lain jer la.
Brader ni pulak, meniaga Burger Bakar, tetapi dia bagi nama lagi special. Burger yang di jual dan di beri nama Hardcore Burger. Wow!!! Hardcore tu. MrJocko beli la satu set. Nanti MrJocko cerita kemudian.
Kesimpulannya, sini memang best. Banyak menu yang sedap-sedap dan menu yang ada 'class' sikit. Mungkin kat sini ramai orang kaya. Bila jual menu yang mahal sikit, ada pembeli. :)
MrJocko.com




2 comments:
craving kambing bakar....tolongggg...mana nak carik..
Jln Kuching pun ada
Post a Comment