Tuesday, August 21, 2012

Ramai Driver Bas Kantoi Ujian Dadah

Pihak JPJ semalam mengesahkan selepas sepuluh hari buat ujian saringan kepada Driver Bas sekitar Stesen Bas di seluruh negara, seramai 46 pemandu bas di dapati positif Dadah. Ramai tu.

Dulu masa MrJocko selalu naik Bas dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, perjalanan mengambil masa dalam 8 jam dan biasanya mereka memakai 2 pemandu. Selalunya kalau dari Kota Bharu, bas akan singgah rehat di Merapuh dan pemandu pertama akan rehat, kemudian digantikan dengan pemandu kedua.

Maksudnya, average pemandu bas ini akan memandu sekitar 4 jam setiap orang. Nampak macam tak da masalah setakat 4 jam. Tetapi mungkin yang memenatkan, bila sampai ke KL jam 5.00 pagi, pemandu-pemandu tersebut akan mulakan syif dari KL ke KB pulak selepas itu. Ini yang menyebabkan pemandu tersebut penat.

Kalau dulu, MrJocko selalu dengar ramai pemandu bas ni makan pil kuda la, pil tahan mengantuk la dan macam-macam jamu. Mungkin dadah yang dimaksudkan oleh pihak JPJ ni bukan heroin, morfin dan sebagainya. MrJocko rasa ia seperti Ganja, Pil Kuda, Ectasy dan seumpamanya. Agaknya la.

Tapi ia tetap membahayakan nyawa penumpang-penumpang bas tersebut.

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998