Sudah berabad kita manusia mengagumi kejayaan berita "manusia menjejakkan kaki di bulan" dan orang pertama berbuat demikian ialah Neil Armstrong, rakyat Amerika. Satu dunia takjub dengan pencapaian Amerika Syarikat.
Namun setelah berpuluh tahun, rahsia pendaratan manusia di bulan semakin menjadi tanda tanya kerana terlalu banyak fakta-fakta baru yang agak bercanggah dengan logik akal. Pendedahan gambar bendera yang menegak, rakaman gambar asal dan juga ramai tertanya, kenapa selepas pendaratan tersebut, pihak Amerika Syarikat tidak menghantar lagi menusia ke bulan?
Paling tidak, kenapa saingan Amerika seperti Russia, China dan negara lain tidak berjaya membawa pasukan masing-masing ke bulan?
Tanggal 25 Ogos 2012, Angkasawan Pertama yang menjejakkan kaki ke bulan, Neil Armstrong meninggal dunia pada umur 82 tahun. Dengan kematian Neil Amrstrong, maka terkuburlah rahsia kisah pendaratan manusia di bulan selamanya. Mungkin ada catatan yang sudah ditulis, tetapi hanya Neil Armstrong sendiri yang tahu, betul atau tidak dia pernah menjejakkan kaki di bulan.



