Sunday, August 12, 2012

Tiang Konkrit 40 Tan Jatuh Di Jalan Tun Razak

"Untuk makluman semua pengguna jalan raya, pada 12/08/2012 jam lebih kurang 3.30 pagi satu tiang konkrit seberat lebih kurang 40 tan dibawa oleh sebuah lori telah terjatuh di atas Jalan Tun Razak di atas Bulatan Pudu (dari arah Bulatan Sg. Besi menghala ke Bulatan Kg. Pandan). Jalan tersebut telah ditutup untuk kerja pemindahan tiang tersebut. Sila elakkan dari menggunakan jalan tersebut".

MrJocko dapatbmaklumat dari FB Polis KL, katanya ada satu tiang konkrit seberat lebih kurang 40 tan terjatuh semasa dibawa melalui Jalan Tun Razak awal pagi tadi. Jalan sudah ditutup.

Kalau la tiang tersebut tidak dialihkan lagi, confirm jalan di sekitar KL akan sesak teruk, tambah-tambah pada hari ini, Ahad, ramai yang nak keluar shopping baju raya di tengah-tengah KL.

Maklumat lanjut boleh telefon Polis Trafik atau ITIS.

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998