Saturday, September 22, 2012

Blogger Ni 24 Jam Dengan Laptop Ke?



Kalau korang selalu baca blog penulisan blogger terkenal seperti Ah Kak Merah, Abang Cantik, DenaiHati, Mat Tiger, Shakiddo atau Hazman, mesti korang perasan yang entry diorang selalu jer update. Kadang-kadang, tak sampai 3 jam ada entry baru. Ada tu dalam sehari sampai ada 10 entry. Wow!!! Rajinnya.

MrJocko sendiri pernah ada member tanya, "Jocko, ko ni 24 jam dengan laptop ker? Asyik tulis blog jer?" Itu juga soalan yang MrJocko tanya kawan-kawan blogger terkenal masa mula-mula belajar menulis. Ingatkan mereka tak ada life. Duk umah jer, tulis entry jer kerja nya. 

Tapi rupanya, jadi blogger tak semestinya 24 jam ngadap PC atau Lappy. Ada cara lain yang mereka buat. Antaranya buat Auto Publish Post. Tulis malam, letak masa, esok masa tertentu akan di auto publish.

Ada blogger lain, menggunakan smartphones untuk update entry menggunakan aplikasi Blogger atau macam MrJocko, pakai Blogsy. Boleh guna Blackberry, iPhone dan smartphones Android lain.

Yang lagi pro, blogger yang punyai beberapa orang dalam team mereka, mereka menulis bersama-sama. 3-5 orang menyumbangkan entry kepada satu blog, tu pasal kita selalu lihat entry mereka sentiasa ada yang baru dan sentiasa up to date.

Kenapa pulak ramai yang nak jadi blogger hebat ni??? Ermmm,,, kalau korang apa yang korang fikirkan??? Adakah pasal menulis kerana duit??? Atau menulis saja-saja kerana minat???


2 comments:

hazman aka species1980 said...

kalau pasal update... bergantung gak bro... time ada ade rasanya semuanya nak tulis...tapi kena time BLANK...or MALAS...lebih suka baca blog kengkawan je kejenya...

MrJocko said...

Tp, bab makan ko paling bnyk idea, hehehe

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998