Thursday, September 20, 2012

Blogger Terkenal, Pasangan Pula Tension Kat Rumah


Kalau dah jadi Blogger, kemudian aktif pulak tu dengan syarikat penaja, contohnya seperti Nuffnang, mesti banyak aktiviti yang boleh blogger sertai. Paling kerap, sessi peraduan komen dan idea untuk contest Premiere Screening pada setiap minggu di Pawagam pilihan sekitar Kuala Lumpur.

Kena pulak Blogger yang lebih aktif, sertai pula event lain seperti launching produk baru, dinner, event bersama media, dan banyak lagi. Kalau korang blogger yang tegar, mesti korang suka. Tapi, pernah terfikir yang pasangan kita (kalau yang dah kahwin) atau aweks kita pulak rasa tersisih. Tension dia kat rumah, kononnya Blogger Popular, ada masa untuk event, tetapi tak ada masa untuk family.

Itu la lumrah kehidupan sebagai blogger. Walaupun kadang-kadang kena korbankan masa bersama keluarga, kalau terus istiqamah dan rajin menulis, ia mendatangkan hasil yang lumayan. Bila dah lumayan, kita pujuk pasangan kita, bawak pergi jalan-jalan, reward diorang sikit. Lama-kelamaan, diorang pulak yang bagi kita sepenuh sokongan untuk terus berjaya menjadi Blogger Terkenal. Eh! aku terkenal kerrr???

Ekekekekek,,,


MrJocko.com

5 comments:

FARAH deeb said...

Lelaki sonang kottt... pompuan ni lebih2 lagi isteri mithali cam saya kena dengor cakap encik somi so kalau dia tak bagi lampu ijo tak hadolah jawabnye. Maka tak dpt le nak aktif sekadar menulis je bolehlah kot thee..
My latest Entry :)
Saya trauma kat Encik Jamban

MrJocko said...

betul tu,,, tp kalau ada event dpt dua tixs, apa salahnya bawak wife atau suami :)

hazman aka species1980 said...

Ko memang champion kan kalau bab3x movie screening ni....

sohoque said...

mu kira terkenal la sbb aku kenal.. huhuhu...

MrJocko said...

hazman - tiket FREE,,, ekeke
sohoque - aku gila glamerrr

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998