Sememangnya aktiviti di Nuffnang Malaysia memang banyak dan menarik. Asalkan korang sertai grup media Nuffnang ini, korang pasti boleh sertai pelbagai event, movie premiere screening, contest, product launch dan macam-macam lagi.
Minggu ni, semalam dan hari ini, MrJocko menerima dua jemputan untuk menghadiri Premiere Screening filem aksi Universal Soldiers dan jugak filem seram House at the End of The Street. Mana satu nak pilih ni, pasal dua dua ditayangkan dalam masa yang hampir sama, 9.00 malam dan 9.30 malam?
Teringin jugak nak lihat cerita seram, tetapi hati nak tengok cerita aksi Universal Soldiers lakonan Van Damme. Nak tak nak, MrJocko kena lepaskan satu movie. Jangan tamak kerana boleh bagi tiket tu kat blogger lain. So, nak pilih cerita apa ni???



