Selamat Datang kepada Putera William dan Kate Middleton ke Malaysia sempena dengan lawatan Putera ini ke Asia Tenggara, bagi mewakili Ratu Elizabeth. Pagi ni Putera William dan Kate Middleton serta rombongan di Raja singgah di KLCC Park dan juga Masjid AsSyakirin KLCC.
Plan asal katanya jam 9.30 pagi, tetapi mereka tiba di KLCC Park pada jam 10.30 pagi dan diiringi dengan buggy di bawa menyusuri KLCC Park.
Ramai jugak rakyat Malaysia berkumpul sepanjang KLCC Park bertujuan untuk melihat dengan mata sendiri pasangan Di Raja William dan Kate ini. MrJocko pun bercadang nak ke sana, tetapi, pasal ada kerja, tak sempat. Lagi pun, kalau lambat, sure jalan dan sesak.
Jom kita lihat gambar-gambar sekitar lawatan Putera William dan Kate Middleton di KLCC Park pada pagi 14 September 2012 yang mana MrJocko ambil dari laman web blogger-blogger terkenal. Terima kasih atas perkongsian gambar William dan Kate semasa di KLCC.
MrJocko.com









