Sunday, September 23, 2012

Keputusan Perlawanan Liverpool 1 - 2 Manchester United



Setelah sekian lama, akhirnya malam ni, keputusan Barclays Premier League menyaksikan Liverpool rebah di tempat sendiri selepas kalah dengan Red Devils.

MrJocko rasa malam ni game macam berpihak kepada Liverpool. Dari Separuh Masa Pertama lagi, nampak Liverpool menyerang. Tapi kesilapan pemainnya sendiri menyebabkan Jonjo Shelvey dilayangkan Kad Merah oleh pengadil.

Separuh Masa Kedua, menyaksikan Liverpool terus menyerang dan Liverpool di depan apabila Gerrard menyumbat gol pertama Liverpool pada minit ke-46, selepas sahaja sepak mula.

Tapi lepas tu, Rafael menyamakan kedudukan dengan sepakan yang cantik menewaskan Reina. Gol kemenangan Man Utd hasil sepakan Penalti dan disempurnakan dengan baik oleh Robin Van Persie.

Keputusan penuh perlawanan 23 September 2012 antara Liverpool vs Manchester United berakhir dengan keputusan Liv 1 - 2 Man Utd. Glory Glory Man United.

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998