Monday, September 10, 2012

Restoran Mohd Chan Abdullah



Setahu MrJocko, restoran Mohd Chan Abdullah ni ada dua. Satu di Seksyen 15 Shah Alam dan satu lagi di Kelana Jaya. Rasanya dua-dua restoran ni dimiliki oleh owner yang sama.




Minggu lepas, masa bawak Mem Besar jalan-jalan, kami singgah la sini untuk makan-makan. Pertama kali singgah, nak rasa jugak menu masakan resipi dari Restoran Makanan Cina Muslim ini. Ramai yang kata sedap, apa lagi, peluang untuk mencuba apa yang ada di Restoran Mohd Chan.


Oleh kerana kami singgah masa tengahari, kami cuba menu yang ada Nasi. MrJocko order Nasi dengan Lauk Daging Black Pepper dan juga Char Kuey Teaw Mohd Chan. Untuk air, pekena Asam Boi dan Bandung Cincau. Ermmm,,, memang sedap. 

Rasa Daging Black Pepper tu rasa hampir sama dengan masakan Thai yang selalu MrJocko makan. Char Kuey Teaw tu tak reti nak komen, tapi rasa memang sedap. Ada jugak kerang dalamnya.

Next time singgah sana, nak cuba menu lain pulak.






MrJocko.com

2 comments:

Fazrol said...

Tak silap aku kat wangsa maju ada satu..

Member aku dok kata sedap makan kat sini...
Aku tak pernah try lagi..

MrJocko said...

macam sama jer dengan menu kedai Tomyam,,, ekekeke

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998