Friday, September 21, 2012

Shila Amzah Juara Asian Wave Di China



Hebat sungguh penyanyi Malaysia ini, Shila Amzah kerana baru sahaja memenangi title Juara Asian Wave yang diadakan di China. Kekuatan vokal dan persembahan Shila Amzah memukau Juri seterusnya menobatkan Shila Amzah sebagai Juara Asian Wave 2012.








Anak penyanyi veteran ND Lala ini memang sebelum ni pun bagus. Banyak pertandingan yang dia sertai dalam Malaysia, tetapi nasib tak menyebelahi. Tapi kali ni, Shila pukul habis. Katanya markah yang dia dapat 5 - 0, betul betul mendahului penyanyi lain dengan kehebatan suara dia dan lagu Gemilang (Jac), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.

Shila menjadi juara selepas menewaskan finalis dari 5 buah negara lain seperti China, Korea Selatan, India, Thailand dan Singapura.

Syabas Shila Amzah.

3 comments:

hazman aka species1980 said...

kalau dia nyanyi lagu ANAK TUPAI lagi gempak kan...ekekekeke

GreenLava said...

Siap bertudung lagi. I like, and tahniah!

MrJocko said...

Hazman - Ado Sekor, anok tupa,,, atas jula mok te,,,,, ekekeke
GreenLawa - Comel

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998