Monday, September 17, 2012

Siakap Stim Jees Seafood Sri Gombak BEST

Memang dah lama MrJocko tak singgah di Jees Seafood Sri Gombak. Last sekali rasanya bulan puasa 2 tahun lepas, masa berbuka dengan keluarga.

Masa mula-mula kenal Jees Seafood ni, ketika kerja di BNM, member satu ofis bawak kami ramai-ramai beberapa orang dalam department kami buat majlis berbuka kat sini. Sejak itu, kerap juga MrJocko datang ke sini.

Ahad malam, lepas bawa anak-anak pusing tengok lampu di KL, sajer la nak singgah makan kat sini pasal dah rindu masakan kat sana. Memandangkan Mem Besar suka makan ikan, kami order Siakap Stim yang memang sedap, Lala, Sayur Kailan dan Telur Dadar.

Serius sedap masakan Siakap Stim kat sini, tak sia-sia MrJocko datang dari jauh semata-mata nak makan menu Siakap Stim Jees Seafood Sri Gombak.

2 comments:

FARAH deeb said...

Katner tempat ni ye? Saya yg keje kat Sri Gombak 14 tahun ni pun tak tau hehee...
My latest Entry :)
Nak renovate rumah? Camno?

MrJocko said...

blakang,,, kalau area kedai2 sri gombak tu, di terletak belakang, macam tersorok,,,

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998