Monday, October 15, 2012

Ada Promosi Kereta Honda Di MidValley

Last week kat MidValley ada promosi dan pameran kereta model keluaran Honda di MidValley Megamall. Yang ada kat situ hari tu cuma model Honda Insight, model jenis Hybrid dari Honda dan juga model family car Honda Freed. Dua dua memang cantik.





Model kereta Honda Insight berharga cuma RM97,056.65 sahaja. Kalau ikutkan dalam katalog, Honda Insight yang berteknologi Hybrid ni mempunyai pilihan 4 warna termasuk silver, putih, hitam dan satu warna lagi tak perasan pulak warna apa. Boleh check balik di laman web Honda.

Bumper depan dan design interior dalaman Honda Insight ni memang la cantik. Nampak memang elegan dan moden. Tambah lak jenis model Hybrid, mesti jimat kalau drive sekitar Kuala Lumpur.





Yang ni pulak gambar interior dalaman bagi model kereta Honda Freed. Berbeza dengan model Insight, nampak panel dashboard kereta Honda Free ni macam luas sedikit. Tapi kenapa nampak pelik jer design ni???




Walaucamanapun, design depan model Honda ni kebanyakkannya memang cantik ooo,,, Honda Freed ni pun boleh tahan design depan. Design gril depan, lampu hadapan serta bumper nampak design terkini. Cantik.

So, ada sesiapa yang bercadang nak beli kereta Honda Insight atau Honda Freed ni??? Cantik kan???

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998