Wednesday, October 10, 2012

Bantuan Diperlukan - Kisah Adik Ahmad Adam Syukri Di MHI

Kebetulan hari ni MrJocko lambat sikit keluar rumah, sempat la jenguk segmen Malaysia Hari Ini, MHI tarikh 10 Oktober 2012. Salah satu segmen yang menyentuh perasaan bila ada paparan kisah Puan Noraisyah dan suami begitu tabah menerima dugaan Allah kerana penyakit yang dialami oleh anak sulong beliau Adam. 

Adik Ahmad Adam Syukri dipercayai menderita penyakit kerosakan saraf otak selepas dilahirkan lagi. Adik Adam kini terpaksa bergantung penuh kepada sokongan alatan perubatan dan sememangnya memerlukan bantuan kewangan yang banyak bagi menampung kos perbelanjaan perubatan setiap hari. 

Paling menyentuh perasaan bila melihat begitu cekal dan tabah seorang Ibu dan Bapa yang terpaksa mengharungi dugaan sehebat ini dalam perjalanan hidup menjaga adik Adam yang sakit. Bagi yang berkemampuan, bantulah seikhlas mungkin. Semoga Adik Adam akan kembali sihat seperti kanak-kanak lain. 

Video Kisah Adik Adam Di Facebook MHI 








Petikan dari MHITV3 Facebook

'Terima kasih di atas kepetihatinan semua, kami mohon maaf terdapat sedikit masalah di atas penggunaan akaun Maybank Noraisyah ibu kepada adik Adam. Buat masa ini kami masih menunggu kelulusan pihak Maybank dalam penggunaan akaun tersebut. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 02040007292201 Noraisyah Md Malena. Terima kasih.'

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998