Semalam MrJocko dan famili bergerak balik ke Kelantan dari KL sempena menyambut Hari Raya AidilAdha atau Raya Korban.
Oleh sebab nak submit sales sebelum balik kampung, terpaksa la gerak lambat sikit. Setelah selesai submit sales, breakfast, sedar-sedar dah kul 11.00 pagi. Terus gerak dari Tol Gombak menghala ke Bentong, Raub, Lipis, Merapuh dan memasuki Gua Musang. Alhamdulillah jalan semua "clear".
Masuk jer 15 km sebelum cabang 3 Kuala Krai, jalan dah mula jem. Ingatkan ada kemalangan, tetapi rupernya sebab brader-brader JKR barangkali tengah rajin membaiki jalan. Adesss,,, apsal la time ni diorang repair jalan??? Lepas raya tak leh ke???
Sebab tu, ramai yang terperangkap dalam kesesakkan dan kelewatan kawasan tu. MrJocko sendiri, dalam jarak 15 km tu jer, makan masa sejam lebih.
Lenguh kaki duk tekan minyak, brek, minyak, brek,,, ;). Alhamdulillah kami sampai kampung dengan selamat masa Maghrib.


