Semalam MrJocko layan perlawanan bolasepak Separuh Akhir Pertama Kelantan vs Selangor di TV sahaja. Memandangkan ini antara game penting, layan jer la dengan family kat rumah.
Permulaan nampak goyah jugak pasal Selangor pun asyik serang, serang dan tak bagi can kepada Kelantan. Sehingga separuh masa pertama tamat, kedudukan masih Kelantan 0 - 0 Selangor.
Separuh masa kedua menjanjikan aksi klasik yang lebih baik. Kelantan akhirnya didepan dengan jaringan Farhan pada minit ke-62. Jaringan cantik Farhan memang dinantikan oleh puluhan ribu penyokong Kelantan.
Walaupun selepas itu Nasriq, pemain Selangor dikenakan Kad Merah, tetapi nampaknya Kelantan main berhati-hati. Selangor macam tak ada masalah jer main 10 orang? Kelantan pula, sampai ke masa tamat masih tidak boleh menambah gol.
Apapun keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia, Kelantan vs Selangor di Kota Bharu berakhir dengan keputusan Kelantan 1 - 0 Selangor. Lepas ni, jom ramai-ramai ke Stadium Shah Alam pulak untuk perlawanan timbal balik.
Kredit Wan Ahmad Jauzi dan Oren Kecik
