Thursday, October 18, 2012

Khairul Fahmi Ke Johor, Amir Ganti Posisi Penjaga Gol Kelantan

Selepas berita panas yang tersebar mengatakan Khairul Fahmi aka Apex akan ke pasukan Johor dengan pepindahan bernilai juta-juta ringgit, kini timbul berita baru bahawa Kelantan, The Red Warriors sudah ada pengganti yang paling sesuai untuk menggantikan posisi Penjaga Gol Utama pasukan Kelantan.

Pemain muda yang baru sahaja diserap masuk ke dalam pasukan Kelantan itu nampaknya semakin maju dan bertindak dengan tangkapan yang jauh lebih cepat, cekap dan pantas dari Khairul Fahmi Che Mat. Sebab itu, Kelantan tidak akan rasa kehilangan pemain utama jika sekiranya Khairul Fahmi bersetuju untuk berpindah ke pasukan lain musim hadapan.

Ramai yang tertanya siapa pengganti Khairul Fahmi Che Mat itu? Dia adalah tidak lain dan tidak bukan, seorang pemain muda dan baru dicungkil bakat dalam pemilihan baru-baru ini. Ketangkasan dan ketajaman tindakan mengawal gol mungkin setaraf Van Der Sar, Petr Cech dan juga Cassilas. Pemain itu bernama Amir I'm Sorry Raja Lawak :).



Jangan Marah Arrr...

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998