Seminggu sebelum Final Piala Malaysia 2012, ramai kawan-kawan MrJocko dari Kelantan dan orang Kelantan sibuk dengan tiket final Piala Malaysia. Of course mereka teruja pasal tahun ni antara tahun terbaik Kelantan kerana bakal mendapatkan kejuaraan Treble. Masing-masing nak ke Stadium tengok final bolasepak.
MrJocko pun teringin, tapi nak buat camana, environment di Stadium, keadaan kat sana masa ramai-ramai bersesak, kurang selesa la. Tambah-tambah bila kena masuk dalam stadium jam 6.00 petang semata-mata untuk dapatkan seat. Game start kul 8.45 petang, lama tu.
Tambah lak kalau tiba-tiba nak terkencing, adoi,,, jauh nak menapak ke toilet satu, nak redah seat yang sesak, tangga yang penuh dengan penonton dan kadang-kadang, air dalam toilet pun tak da, camana???
So, MrJocko pilih lepak kat depan Stadium Astro jer la. Boleh tengok ngan wife dan anak-anak. Boleh makan, minum, baring duduk, macam-macam lagi. Jauh lebih selesa,,, ekekek,,,
Apa pun tengok bola kat stadium memang best, best cara tengok bola ramai-ramai. Masing-masing punya pendapat la. Tunggu la bila FAM buat no tiket dan seat masa beli tiket bola, InsyaAllah MrJocko ke stadium. Baru la boleh kontrol penonton. Ini tak, kata tiket 60,000 tetapi yang masuk ke stadium sampai 100,000 camana tu???
Gomo Kelate Gomo...





2 comments:
Yess... tengok bola kat stadium dia punya feel dan semangat lain macam....cuma kat arena dah ada grafik ala2x cam kat BPL tu...okey la kan...
Yesza,,, kat Staium xleh tgk REPLAY... Ekekeke
Post a Comment