Thursday, October 18, 2012

Markah Peperiksaan Akhir Tahun Khalish

Sekarang dah hujung tahun dan musim peperiksaan. Tak kira la tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej  atau universiti, sekarang memang musim exam. Khalish pun sama, dua minggu lepas menduduki peperiksaan penggal keduan untuk pelajar Tahun 1.

So far keputusan peperiksaan dia boleh la tahan. Memandangkan dia bersekolah di sekolah aliran bahasa Cina, maka masa belajar dan cara belajar dia tough sikit berbanding sekolah rendah biasa.

Setakat ni, dalam masa hampir setahun, nampak la kemajuan dalam penguasaan Bahasa Cina, English dan juga Matematik. Nampaknya lepas ni kena study lebih lagi kerana bila masuk Tahun 2, cara belajar lebih banyak menulis karangan dalam Bahasa Cina.

Nampaknya, MrJocko pun kena ada Buku Belajar Bahasa Cina sendiri lepas ni...




Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998