Dah lama dah duk jenguk model Ducati Monster 795 ni, memang nampak sangat mengujakan, cantik dan sangat-sangat mantap. MrJocko bukan la pandai sangat ride motor, tapi bila sekali lihat model motorsikal jenis naked bike ni, terus rasa minat.
Nampaknya ni antara model yang pihak Naza dan Ducati Malaysia bawak masuk ke Malaysia dan sememangnya di jual dengan harga yang murah. Katanya model ni di pasang di Thailand, jadi kos lebih murah berbanding pemasangan di kilang asal Ducati.
Harga Ducati Monster 795 ni hanya bernilai RM59,900 sahaja. Selepas di tambah dengan bayaran Insurans, Roadtax dan bayaran wajib lain, harga Ducati Monster 795 ni masih murah, hanya RM62,120 sahaja. Ada kawan MrJocko bagitahu, kalau harga Ducati Monster jenis model yang lebih kurang sama, biasanya berharga lebih dari nilai RM62,000, betul ker?
Kalau la lepas ni ada duit lebih, dapat juals karipaps banyak dan lebih dari target tiap-tiap bulan, InsyaAllah, MrJocko teringin nak beli satu. Dapat yang jenis model import, 'Single Arm' yang warna putih seperti bawah, lagi la best :)




