Tuesday, October 23, 2012

Party Buih Karoks Bersama Geng Bujang

Setelah hampir setahun tak join geng-geng kaki Karoks ni, MrJocko penuhi undangan sebagai Penyanyi Latar kepada Bro Bulat kita bersempena dengan musim STRESS KERJA di hujung tahun.
Seperti biasa, kaki-kaki karoks tegar termasuk Sopi, Zam Suki dan juga Bro Bulat sendiri akan berkampung di Red Box Pavilion selama beberapa jam untuk menyambut ketibaan musim stress kerja. Kenapa karoks, kerana buleh la memekik melolong dalam bilik tanpa orang lain nak marah. Suara sedap ke, tak sedap ker, tak da orang kisah, hahaha...
Sessi utama bagi yang pandai berkaroks seperti Bulat dan Sopi semestinya menyanyi menjadi aktiviti utama. Bagi penyanyi latar seperti aku dan Zam Suki, menu makan malam yang sangat special memang menjadi idaman.
Penuh dengan menu best seperti Oyster, Kepah, Udang Galah, Sotong, Ikan Kerapu, Ayam, Daging dan bermacam lauk pauk bersama hidangan Sushi dan pencuci mulut yang bermacam jenis. Pendek kata, makan, melalak kejap, makan, makan, melalak, pastu makan, makan makan makan dan makan. Sangat best.
Walaupun sessi party buih dan joget lambak kami ni boleh diteruskan sehingga jam 3 pagi, kerana masa tu orang tak ramai, tetapi kerana ketiadaan suara dan keletihan kekenyangan, kami tamatkan pada jam 10.00 malam jer.
Terima kasih semestinya kepada host dan penaja utama sessi karaoke kami, Bro Bulats, semoga terus sukses dengan lagu Balada nya serta lagi Mandarin dari Sopi. Tak ketinggalan kami, MrJocko dan Zam Suki dengan lagu Yang Penting Hepi - Jamal Mirdad :)
Glamorous MrJocko

2 comments:

Anonymous said...

aku penyanyi latar jerrr...aku rasa dah terpekik terlolong ala2 Jekling Victer rasanya...hah

MrJocko said...

aik,,, Anonymous aka Zam Suki ka??? hahaha

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998