Tuesday, October 30, 2012

Pelaburan Dalam Public Mutual Melalui EPF Kena Gantung



Dari semalam lagi isu penggantungan Public Mutual Berhad sebagai Institusi Pengurusan Dana (IPD) dalam pelaburan melalui EPF menjadi hangat. Kenapa Institusi Pengurusan Dana terbesar di Malaysia itu di gantung???

Cerita tentang sebab dan punca penggantungan ini mungkin ramai yang tertanya-tanya sebabnya. Biar la pihak berkaitan menjawabnya. Mungkin ia salah faham atau mungkin ia satu kesalahan yang tidak di sengajakan. Cuma nak maklumkan juga bahawa, selepas beberapa siri perbincangan antara pihak Public Mutual Berhad dan KWSP, maka PENGGANTUNGAN tersebut sudah ditarik balik.

Alhamdulillah, berita baik untuk kami sebagai wakil perunding kewangan Public Mutual. Mulai esok, 31 Oktober 2012, anda semua boleh melabur kembali ke dalam dana-dana terpilih Public Mutual Berhad menggunakan akaun 1 EPF.

Kini nama Public Mutual bersih dari penggantungan oleh pihak KWSP tersebut.

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998