Apa Itu Aplikasi WeChat



Jika anda pengguna telefon pintar, semestinya anda boleh mencuba untuk dapatkan aplikasi WeChat ini di Telefon Pintar anda. Apa itu aplikasi WeChat???

Ia merupakan satu aplikasi PERCUMA dan merupakan satu instant messenger (IM) terpantas untuk telefon pintar anda samada anda pengguna iOS (iPhone), Android, Windows Phone atau Nokia Symbian.

Anda boleh berikteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan aplikasi WeChat ini tak kira masa, keadaan dan tempat kerana ia adalah satu jaringan sosial yang menghubungkan anda dengan rakan-rakan anda di Facebook, Twitter atau Blog.

Anda boleh cari kenalan baru, chat, share gambar, share file atau lagu dan juga berbual secara Video Call. Hebat kan? Apa lagi, jom muat turun aplikasi WeChat ke dalam Telefon Pintar anda sekarang dan nikmati jaringan sosial melalui telefon pintar anda dengan cara yang bijak.



Rosmadi Shakri Top Travel Blogger

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment - MrJocko