Jakarta Banjir Teruk, Jadi Ke Tak Trip Ke Sana ~ Lifestyle Blogger Glamorous MrJocko

18 January, 2013

Jakarta Banjir Teruk, Jadi Ke Tak Trip Ke Sana

Seminggu jer lagi, perancangan asal nak bercuti ke Jakarta. Tapi, sudah seminggu khabarnya bandaraya Jakarta teruk dilanda bencana Banjir. Beberapa tempat sekitar Jakarta lumpuh akibat bencana banjir tersebut.
 
Kalau tengok gambar banjir di Jakarta, rasa macam terpaksa kansel trip ke sana. Kalau dah banjir begitu teruk camana nak jalan-jalan di sana. Lagipun berita semalam mengesahkan bandar Jakarta sudah di istiharkan darurat.
 
Harap dalam masa seminggu ni keadaan banjir di sana akan beransur pulih. Rugi pulak kalau terpaksa tunda tiket atau batalkan tiket penerbangan ke sana. Doa MrJocko, biarlah bencana banjir di Jakarta reda dan surut dengan cepat. Lama tak ke Jakarta, nak bawak famili jalan-jalan di kotaraya ibu negara Indonesia.