Friday, January 11, 2013

Kenapa Kereta SUV JPJ Ini Di Bakar

Petang tadi mengejutkan juga bila MrJocko tengok gambar ini. Gambar kereta SUV JPJ diterbalikkan dan dibakar oleh penduduk sekitar pekan Ayer Tawar, Setiawan, Perak.
 
Setelah baca beberapa info yang di kongsi di Facebook, katanya kenderaan SUV JPJ tersebut asalnya mahu menahan sebuah kenderaan dipercayai lori dengan memintas dan menahan secara mengejut.
 
Akibat dari kejadian tersebut, 10 buah kereta terlibat dalam kemalangan tersebut. Ramai yang tercedera dan salah seorang kanak-kanak sekolah mati akibat perlanggaran tersebut.
 
Gambar-gambar kejadian kemalangan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Setiawan, Perak ini akan MrJocko kongsikan sekejap lagi.
 

Patut ke kenderaan tersebut dibakar?

 

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998