Tertipu Dengan Aplikasi Top Eleven Hack Cheat Code

Sekarang masa free, MrJocko layan jugak la game Top Eleven 2013 di Facebook. Buleh la tahan. game ni ala-ala Football Manager. Caranya anda bermain sebagai Pengurus Pasukan Bolasepak kendalian anda sendiri. Yang mana anda akan tentukan siapa pemain penyerang, tengah, pertahanan dan juga penjaga gol. Ada ramai juga nama pemain di Malaysia termasuk pemain-pemain terkenal luar negara.

 

 

 

Tertipu Dengan Aplikasi Top Eleven Hack Cheat Code

 

 

Tapi masalahnya, nak main benda ni susah betul. Bila dah ada team, susun perlawanan persahabatan dengan kawan-kawan, alih-alih kalah, pastu seri. Kemudian kalah balik. Nak menang susah sangat. Sebab tu MrJocko cuba main kotor. Hehehehe,,, cari cheat code game Top Eleven di Google. Masa tu taip je Top Eleven Cheat Code Password, maka banyak list yang keluar.

 

 

Sekali jumpa banyak link yang diberi. Maka MrJocko download la. Install dalam computer. Kemudian launch. Dah siap launch baru nak main cheat code, sistem mintak buat Surver kononnya. Tetapi bila di klik rupanya ini teknik penipuan. Sekali anda SMS ke no 32***, anda kena charge RM4.00, adoi,,, tertipu MrJocko di sini. Hilang beberapa Ringgit gara-gara tertipu dengan aplikasi Password Top Eleven Cheat Code Percuma.

 

 

 

 

Tertipu Dengan Aplikasi Top Eleven Hack Cheat Code

 

Tertipu Dengan Aplikasi Top Eleven Hack Cheat Code

 

 

So, kawan-kawan, bukan senang nak main games macam ni. pastu pulak, Jangan percaya la benda-benda macam ni, semua itu hanya penipuan semata-mata. 🙂 Tapi kalau sesaper ada cheat code Top Eleven ni, share la sama gua 🙂

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.