GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Review Tune Hotel Pasar Baru Jakarta

Bulan Februari lepas, MrJocko dan keluarga sama-sama bercuti ke Jakarta dan menginap di sekitar Pasar Baru, Jakarta. Hotel pilihan MrJocko semestinya Tune Hotels kerana harga yang murah, servis terbaik bertaraf 5 bintang. Ini cerita review Tune Hotel Pasar Baru Jakarta.

 

Kami sempat menginap di Tune Hotel Jakarta selama 2 hari selepas shopping di Bandung dan pusing-pusing di bandar Jakarta. Kami memilih untuk menetap di bilik sederhana dengan 2 katil single. Cukup untuk kami dan anak-anak. Agak selesa dengan kemudahan TV, WiFi dan juga kelengkapan bilik air.

 

Dua katil single yang disediakan agak selesa dengan kemudahan selimut dan bantal. Bilik air pun disediakan dengan menggunakan pancutan air yang tinggi dan semestinya air panas.

 

Tune Hotel Pasar Baru Jakarta

 

Tune Hotel Pasar Baru Jakarta

 

Tune Hotel Pasar Baru Jakarta

 

Tune Hotel Pasar Baru Jakarta

 

Tune Hotel Pasar Baru Jakarta 

Ruang lobi hotel juga agak sederhana tetapi sesuai dengan keadaan Butik Hotel seperti Tune Hotels ni. Pendek kata, servis di Tune Hotel Pasar Baru Jakart ini memang best. Lokasinya cuma 1 minit perjalanan ke Pasar Baru Jakarta di mana lokasi membeli belah terkenal di Jakarta.

 

Kalau dari Tune Hotel Pasar Baru Jakarta nak ke pusat membeli belah Mangga Dua, anda perlu menaiki Teksi dan jarak cuma 2 kilometer sahaja. Dekat kan? Bila dekat, harga tambang pun mesti la murah.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.