GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Teruja Menonton Magic Di Superstar Magic 3 Genting Highlands

Bulan puasa lepas semasa menghadiri majlis Resorts World Genting, MrJocko menerima 2 Pass jemputan untuk pertunjukkan Superstar Magic 3 di Genting International Showroom Hotel Genting Grand. Alhamdulillah, oleh kerana member MrJocko, bro Cipotz tak dapat join, maka diberinya 2 lagi pass masuk ke Superstar Magic tersebut menjadikannya 4 keping pass masuk. Cukuplah untuk kami sekeluarga.

Jadi pada Ahad, 18 Ogos 2013 kami ke Genting Highlands sekali lagi untuk menyaksikan pertunjukkan tersebut.

Show Superstar Magic 3 ini sudah memasuki tahun ketiga dan semakin lama semakin bagus berbanding sebelumnya. Ramai Ahli Silap Mata terkenal dunia kini berada di Genting Highlands untuk pertunjukkan ini. Untuk sesi slot pertunjukkan hari tersebut, ada 7 Ahli Silap Mata hebat bergabung dan berkongsi satu pentas untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.

 

 

Paling mengujakan MrJocko, aksi Ahli Silap Mata Muda dari Korea Selatan yang menunjukkan aksi silap matanya bersama burung Merpati. Sangat tangkas dan menakjubkan. Yang lain pun tak kurang hebat dengan aksi Silap Mata dan Komedi serta aksi mengapungkan diri serta aksi tukar baju yang memang pantas.

Pertunjukkan Superstar Magic 3 ini masih lagi dipersembahkan sehingga September 2013 dan harga tiket bagi Superstar Magic 3 cuma RM48 sahaja. Jom ke Genting dan bawa keluarga berhibur dengan aksi Silap Mata Superstar Magic 3.

Glamorous MrJocko

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.