GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Bagi Copy IC Untuk Dapat Hadiah Tipu Di Internet

Hari ni sekitar jam 2.20 petang MrJocko menerima satu email dari sebuah syarikat (mungkin) yang menggunakan nama Team Samsung HA dan menggunakan emel samsungha@mapsasia.my. Lepas MrJocko check, tak jumpa pulak laman web www.mapsasia.my tetapi bila semak whois domain dapat trace ia mungkin di bawah syarikat Marketing And Promotional Services (Asia) Sdn Bhd.

Oleh kerana teruja kononnya MrJocko salah seorang pemenang kontest Samsung Raya dan bakal menerima 4 keping Tiket Wayang dan Kombo Bertih Jagung, MrJocko ambil inisiatif menelefon no telefon tertera untuk tujuan pengesahan.

Ini kerana ada beberapa sebab yang memusykilkan MrJocko, antaranya :

1. Kenapa MrJocko kena email kepada mereka copy IC? Itu dokumen yang sangat Private and Confidential. Tak boleh ke pengesahan dengan cara lain?

2. Katanya pihak mereka menghubungi pemenang menggunakan no telefon bimbit pemenang tetapi gagal. Logik tak kalau 24 pemenang ini semuanya gagal dihubungi. Kami bukan tinggal di dalam hutan dan susah nak dapat coverage.

3. Katanya dah hubungi, tetapi gagal dapatkan talian kami. Kalau line tak ada sekali pun, mesti ada notification Missed Call.

4. Bila dihubungi, wakil staff yang bercakap, nama ‘Das’ katanya selalunya pemenang lain bagi confirmation guna IC copy melalui emel dan tiada masalah sebelum ini. Nampaknya pihak Marketing and Promotional Services Asia Sdn Bhd ni mungkin tak aware betapa bahayanya berkongsi Soft Copy IC kepada pihak ketiga.

Kesimpulannya, saya tak pasti pula samada syarikat ini genuine atau tidak, tetapi untuk saya emel soft copy IC kepada mereka, mintak maaf. Copy IC adalah dokumen utama yang paling rahsia dan P&C kepada MrJocko. Bayangkan kalau ia jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab. Mahu berjela hutang CCRIS.

Nak bagi Copy IC dan dapat hadiah 4 keping tiket wayang dan bertih jagung kombo??? Tak pa, simpan la hadiah tu. MrJocko beli pun tak apa tiket wayang tu.

Kepada pihak Samsung Malaysia, sekiranya ia memang datang dari wakil anda atau team anda, sila la semak balik prosedure dan step pengesahan pemenang dengan cara yang lebih baik. Malu la, kalau syarikat besar seperti Samsung tak ambil berat pasal isu sensitif seperti ini.

p/s: mampus la MrJocko tak dapat JOB dari Samsung Malaysia lepas ni

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.