Glamorous Travel Blogger

Pelancaran Alcatel OneTouch IdolX

alcatel-onetouch-idol-x-01
Setelah dilancarkan di Hong Kong pada 12 Ogos 2013, Alcatel, sebuah jenama telekomunikasi terkemuka kini melancarkan produk terbaru mereka yang diberi nama Alcatel OneTouch IdolX. Produk terkini ini sudah memasuki pasaran Malaysia dan kini sedang hangat diperkatakan. 
MrJocko berkesempatan untuk menyaksikan majlis pelancaran produk Alcatel OneTouch IdolX di Tropicana City petang tadi.
Majlis pelancaran Alcatel OneTouch IdolX ini dihadiri oleh ramai wakil media yang turut sama untuk melihat dengan lebih dekat kehebatan gadget terbaru dari Alcatel OneTouch IdolX. Bayangkan anda boleh memiliki Smartphone yang mempunyai ciri-ciri high-end dengan harga sekitar RM1,000 sahaja. Bukan kah ia berbaloi?
Dari segi rekabentuk Alcatel OneTouch IdolX ini sudah jauh beza dari model Alcatel sebelum ini. Ia memang rekaan model, terkini dan semestinya memenuhi citarasa pengguna-pengguna smartphone. Di datangkan dalam 3 warna iaitu Slate, Red dan Yellow. Walau bagaimanapun, untuk pasaran Malaysia cuma dipasarkan warna Slate dan Merah.

Kalau nak dibandingkan dengan harga sekitar RM1,000, spesifikasi Alcatel OneTouch IdolX ini memang antara specs terbaik. Kenapa? Kerana Alcatel OneTouch IdolX ini mempunyai ciri-ciri hebat seperti Skrin bersaiz 5 inci FULL HD 1080p mempunyai display edge-to-edge, ketebalan cuma 6.9mm dengan kamera 13.1 megapixel. Walau Alcatel OneTouch IdolX ini cuma berharga sekitar RM1,000 tetapi ia mempunyai Processor Quad Core 1.5 GHz CPU dan dengan kelajuan Dual Carrier 42 Mbps. Ini antara spesifikasi asas yang perlu anda tahu dan ia memang terbaik setakat ini dalam range harga RM1,000.

Semestinya MrJocko sangat mengesyorkan anda untuk membeli smartphone Alcatel OneTouch IdolX ini sekiranya anda bercadang untuk membeli smartphone baru. Mungkin anda risau dengan jenama Alcatel dan bimbang dengan nilai selepas guna, tetapi percaya la bro, kalau dengan spesifikasi seperti yang ada di Alcatel OneTouch IdolX ini, ia mungkin bernilai lebih RM2,000 kalau ia berada dibawah jenama telekomunikasi terkenal yang lain.

Oh ya, kalau anda berminat, jangan tunggu, dapatkan Alcatel OneTouch IdolX ini dengan harga hebat, harga promosi hanya di LAZADA MALAYSIA dan anda cuma bayar RM999 sahaja. Cepat sementara stok masih ada. 🙂

Comments

comments

Similar posts
  • Jam Pintar Tencent QQ Watch Pantau Keselamatan ... Sebagai seorang ibu bapa, harta yang paling berharga ialah anak-anak. Sebab itu bila MrJocko dijemput untuk sama-sama dalam pelancaran Jam Pintar (Smartwatch) terbaru dari Tencent, ia satu yang MrJocko tunggu-tunggu. Kini, di Malaysia, ibu bapa boleh menggunakan Jam Pintar Tencent QQ Watch untuk memantau keselamatan anak-anak ketika mereka berada jauh dari penjaga.  Samada mereka ke [...]
  • Review Kasut Kesihatan Footlink Khas Untuk Diab... Ingat tak entry MrJocko tentang kasut kesihatan Footlink? MrJocko guna kasut sukan Footlink ini ketika sertai Johor Media race 2016 selama 4 hari 3 malam dari KL – Tangkak – Muar – Kota Tinggi – Johor Bahru. Sekarang, MrJocko nak kongsi pandangan tentang penggunaan kasut Footlink ini untuk panduan anda semua. Ini adalah Review Footlink Kasut [...]
  • Kempen Move Young Dengan Susu Anlene MoveMax Fonterra Brands Malaysia, telah melancarkan kempen di seluruh negara untuk membantu rakyat Malaysia untuk sentiasa sihat. Sebab itu, kempen ‘Move Young’ dengan Susu Anlene MoveMax dilancarkan dengan meriahnya. Ini adalah bersempena dengan pengenalan susu Anlene terbaru dengan MoveMax™ yang mempunyai Kalsium, Kolagen dan Protein untuk kesihatan tulang, sendi dan otot. Mr Jose Miguel Porraz Lando, Pengarah Urusan Fonterra Brands [...]
  • Promosi Smartphone TP-LINK Neffos C5 dan C5L Ma... TP-LINK Neffos C5 dan C5L sudah memasuki pasaran Malaysia. Hari tu MrJocko dah kongsi tentang pelancaran Smartphone Neffos c5 dan C5L di Malaysia, kini mereka sedang giat dalam usaha memperkenalkan dan mempromosikan jenama smartphone TP-LINK ini. Kini, ada Promosi Smartphone TP-LINK Neffos C5 dan C5L Malaysia di laman web Lelong.com.my. Info lebih lanjut boleh layari laman [...]
  • Canon Perkenal King Of EOS Di Kenali EOS 1D X M... Setelah lama menunggu, photographer kini boleh tersenyum dengan pelancaran Canon EOS 1D X Mark II. Canon Malaysia telah melancarkan kamera profesional dalam keluarga DSLR di Malaysia dikenali dengan nama Canon EOS 1D X Mark II. Model ini, dicipta untuk photographer professional, dibina untuk menjadi kamera pro terbaik dalam pilihan kualiti gambar yang tajam, kelajuan ‘speed’ dan [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Adsense

MrJocko Fanpage

MrJocko Instagram

MrJocko Twitter

MrJocko Archives

Alexa Rank

Stats