Rezeki Review Samsung Galaxy Note II Dan Ninetology U9 X1

Sebenarnya dah lama MrJocko tunggu tawaran dari syarikat atau advertiser untuk review produk seperti smartphone atau gadget, namun jarang dapat peluang. Jadi bila ada peluang yang ditawarkan oleh pihak Ninetology Malaysia untuk review smartphone mereka, apa lagi, terus daftar dan Alhamdulillah MrJocko terpilih untuk review Ninetology U9 X1. Jadi ini info tentang Review Samsung Galaxy Note II Dan Ninetology U9 X1.
Rupanya, bukan satu yang diberi, pihak Ninetology berbesar hati memberikan satu lagi device untuk di review dan peluang MrJocko dapat Samsung Galaxy Note II memang tak dijangka. Sekali review dapat 2 smartphones, memang berbaloi.
Review Samsung Galaxy Note II Dan Ninetology U9 X1
Walaupun MrJocko ada mempunyai Galaxy Note kepunyaan Wife, model Galaxy Note II ini sebenarnya lebih canggih berbanding model Galaxy Note sebelumnya. Banyak features baru yang ada berbanding model Galaxy Note lama.
Untuk review yang MrJocko akan share berkenaan Samsung Galaxy Note II dan Ninetology U9 X1 ini semestinya akan di ceritakan dalam entri akan datang. Rasa puas hati dan bernasib baik bila dapat peluang gadget-gadget terkini seperti yang dilakukan oleh program Tech Kaiju Arena Ninetology ini. Terima kasih kepada Samuel Lee dan geng-geng Ninetology kerana beri MrJocko peluang.
p/s : Berita kurang baik, ESOK dah kena pulang balik Samsung Galaxy Note II dan Ninetology U9 X1,,, berita baik, MrJocko dapat review model baru G Optimus G Pro E985,,, Alhamdulillah.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.