Syiling Peringatan 50 Tahun Muzium Negara

Hits: 101

Dua hari lepas, hari Isnin, MrJocko lihat ramai yang sedang beratur di bangunan Sasana Kijang Bank Negara. Ingatkan ada open house lagi. Tapi awal sangat, seawal pagi, mana mungkin. Rupanya ada sesi jualan Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Muzium Negara.
Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun Muzium Negara Ke-50. Muzium Negara telah dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail. 

Yang MrJocko pegang ini Set 3 dalam 1 mengandungi  satu emas pruf, satu perak pruf dan satu emas nordic pruf dan dijual dengan harga RM2,000 setiap satu set.
Untuk informasi, Reka Bentuk Duit Syiling
Keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan tersebut adalah seperti yang berikut:
Bahagian Hadapan
Imej bahagian hadapan Muzium Negara dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan “JUBLI EMAS MUZIUM NEGARA” dan tahun “1963 – 2013” yang menandakan ulang tahun ke-50 Muzium Negara tertera pada bahagian atas duit syiling. 
Bahagian Belakang
Imej mural dari Muzium Negara dipaparkan adalah pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling ini tertera di bahagian bawahnya.
Siapa berminat cuba la datang ke Sasana Kijang Bank Negara. Mana tau ada lagi stok terhad yang dijual.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.