GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Nakal Punya Pasal Nyaris Kena 3 Jahitan

Hari Jumaat lepas MrJocko terpaksa bawa anak-anak ikut MrJocko kerja jumpa klien dan submit sales. Hari tu tak ada orang pulak nak jaga sebab adik MrJocko terpaksa ke Shah Alam selesaikan urusan UiTM. Nasib baik kerja sendiri, boleh angkut anak-anak join MrJocko kerja jumpa klien.

Lepas jumpa 3-4 kliens di Kupang BNM, MrJocko ke Sasana Kijang untuk jumpa lagi 2 orang kliens kat sana. Dah selesai dgn 2 kliens, MrJocko selesaikan pula kerja-kerja untuk hantar report kliens. Tiba-tiba kakak, si Khalish datang bagitahu yang si adik, Hasya jatuh. Bila MrJocko tengok, lebih seinci dagu Hasya terkoyak. Darah dah meleleh. Nasib baik sempat tutup dengan tisu. Kalau Hasya nampak, mesti dah meraung tak hingat.

Bergegas MrJocko bawa ke klinik panel di Bangsar. Nasib baik jalan agak lengang. Sampai je di Klinik Ludher, terus masuk jumpa doktor kerana ini kecemasan. Hasya dah mula nak nangis.

 

 

Bila tengok sekali lagi, MrJocko cuak. Risau takut kena jahit. Rupanya doktor hanya cuci pakai pencuci dan letak 2 plaster khas, katanya istilah Staple. Dua je, lepaa tu di tutup dengan kapas dan plaster besar. Siap, tak sampai 5 minit.

MrJocko lega. Ingatkan teruk sangat. Rupanya masih dalam keadaan yang masih belum perlu dijahit. Hasya pun tak nangis. Si kakak, Khalish nampak risau tengok adik dia sakit. Rasa bersalah kot pasal sebelum jatuh mereka main kejar kejar kat dalam Muzium.

Setel semua urusan dengan doktor, baru lega. Plaster dan staple kena biar kering sehingga 3 hari atau biar dia jatuh dengan sendiri. Jangan usik bahagian yang di tampal sehingga kulit bercantum.

Hari ni dah masuk hari ketiga. Plaster besar MrJocko dah tukar, cuma plaster staple tu kitaorang tak usik. Biar dulu beberapa hari.

So friends, kalau ada anak atau adik-adik, awasi mereka di musim cuti-cuti sekolah ni. Apa-apa pun boleh terjadi kalau kita terlalai seketika…

Sebab nakal, anak MrJocko terjatuh dan terkoyak kulit beberapa centimeter. Harap lepas ni sembuh dengan cepat.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.