GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

P1 Wimax Penipu, Servis Teruk?

Banyak dah cerita pasal syarikat P1 Wimax di hebahkan di internet perihal P1 Wimax Penipu dan Menipu dalam meyediakan perkhidmatan Broadband di Malaysia. Ramai yang terkena, MrJocko juga pernah terkena, seawal tahun 2010 dulu. Pakej yang MrJocko pakai ialah pakej Broadband huddle P1 Wimax masa tu pakai guna Laptop.
Bila lihat iklan P1 Wimax masa tu, memang nampak menarik, maka cuba la nak pakai Broadband P1. Pakej paling murah masa tu, pakej trial. Lupa pulak berapa RM charge bulanan, yang pasti memang MrJocko ambil pakej trial paling murah.
Ini adalah contoh product P1
Nak jadikan cerita, MrJocko ambil dan guna ketika di pejabat. Bayangkan masa tu pejabat MrJocko di tengah Kuala Lumpur dan berada di tingkat 7, agak tinggi. Tapi yang sedihnya, loading page untuk masuk ke laman web Google pun merangkak-rangkak. Sangat perlahan. Apabila di tanya, katanya mungkin line belum stabil atau kena reset.
Banyak kali reset, banyak kali restart dan banyak kali call tanya servis centre P1 Wimax masih macam tu jugak. Sebulan MrJocko guna, hari-hari sama sahaja. Bayar buta-buta dan memang langsung tak boleh pakai. Menyesal sangat-sangat. Bukan menyesal pasal kena bayar, tapi pasal langsung tak boleh nak surfing.
Akhirnya,,, dari tingkat 7 MrJocko lempar menatang Huddle Broadband tu ke dalam tong sampah. Useless. 
So, kalau orang tanya camana P1 Wimax Broadband dan seumpamanya dengan YAKIN dan tanpa PRAJUDIS MrJocko akan kata, buang masa je pakai P1 Wimax Penipu ni. Baik pakai Thathering dari 3G smartphone korang, lagi laju.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.