GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Ada Apa Di 100 Doraemon Secret Gadget Expo

Anda mungkin tahu yang sekarang ni Doraemon berada di Malaysia, hehehe. Sebenarnya, sekarang sedang berlangsung 100 Doraemon Secret Gadget Expo di tingkat 2, ruang pameran VIVA Mall, Cheras. Ekspo ini berlangsung dari 14 Disember 2013 sehingga 26 Mac 2014. Untuk makluman, harga tiket cuma RM25 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak. Soalannya, apa yang ada di 100 Doraemon Secret Gadget Expo ini?

 

MrJocko sempat membawa anak-anak, Khalisha dan Hasya pusing-pusing masuk ke 100 Doraemon Secret Gadget Expo ini. Dengar sahaja ada Doraemon, mesti budak-budak suka. Tambah lagi ini antara pameran Doraemon yang terbesar pernah ada di Malaysia.

 

Dalam Ekspo 100 Doraemon Secret Gadget ini, ada 100 Gadget Rahsia yang pernah Doraemon guna di dalam watak kartunnya, Doraemon samada gadget untuk memantu Nobita atau Gadget yang biasa Doraemon guna. 100 gadget rahsia ini dipamerkan bersama watak kartun Doraemon untuk tatapan pengunjung.

 

Dalam pameran ini juga ada disediakan lorong mesing masa, taman permainan di dalam cerita kartun Doraemon, watak Nobita dan Siezuka berkahwin, Ibu Bapa Nobita, Cikgu Nobita, Giant, Sunyo, Meja Mesin Masa, Pintu Ajaib dan bermacam-macam lagi ada. Dengan kata lain, di ekspo 100 Doraemon Secret Gadget ini, anak-anak dan orang dewasa akan teruja melihat apa yang ada sebenarnya dalam dunia kartun Doraemon.

Ada Apa Di 100 Doraemon Secret Gadget Expo
100 Doraemon Secret Gadget Expo
100 Doraemon Secret Gadget Expo
100 Doraemon Secret Gadget Expo
100 Doraemon Secret Gadget Expo
100 Doraemon Secret Gadget Expo
100 Doraemon Secret Gadget Expo
100 Doraemon Secret Gadget Expo
100 Doraemon Secret Gadget Expo
100 Doraemon Secret Gadget Expo

 

Khalisha dan Hasya memang happy sangat-sangat, hinggakan selepas masuk kali pertama, mereka masuk untuk kali kedua. Tak puas katanya. Memang banyak tarikan yang menarik di dalam pameran ekspo ini. Paling menarik minat mereka ialah bersantai di taman permainan. Boleh mereka duduk kat sana berhenti penat dan seakan bermain dengan watak-watak katrun dan Doraemon.

Untuk anda yang belum bawa anak-anak ke 100 Doraemon Secret Gadget Expo di VIVA Mall, Cheras, apa kata ambil kesempatan ini untuk ke sana. Kalau sebelah pagi biasanya orang ramai, cuba pegi sekitar jam 3.00 hingga 6.00 petang. Waktu ni memang orang tak ramai dan anda berpeluang untuk pusing dan bergambar dengan watak-watak kartun seperti Doraemon, Nobita, Siezuka, Giant, Sunyo dan watak-watak lain di dalam kartun Doraemon.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.