Makam Walisongo Sunan Ampel Di Surabaya

Hari pertama MrJocko dan rombongan singgah sewaktu Jejak Wali Songo Surabaya Jogjakarta ialah ke makam Wali Songo Sunan Ampel. Untuk makluma lebih jelas perihal sejarah dan latar belakang Sunan Ampel atau nama sebenarnya Raden Rahmat, anda boleh baca di Wikipedia Indonesia Sunan Ampel.

 

 

Makam Walisongo Sunan Ampel
Makam Walisongo Sunan Ampel Di Surabaya

 

 

Lokasi kedudukan Makam Sunan Ampel ni berada di sekitar bandar Surabaya, dekat dengan pusat bandar. Mudah kalau nak ke sana. Boleh naik Angkutan Kota dengan bayaran Rp4,000 dari pusat bandar atau Rp2,000 hingga Rp5,000 kalau guna Bechak (Beca). Kalau nak naik teksi pun boleh, biasanya dalam sekitar Rp10,000 ke Rp20,000. Selalunya pelancong atau pelawat akan menaiku Bechak kerana mudah dan murah.

 

Makam Wali Songo Sunan Ampel ini berada berhadapan dengan Masjid Sunan Ampel. Mengikut sejarah, di sini lah Sunan Ampel mengembangkan syiar Islam di Surabaya kepada pengikut dan masyarakat setempat. Di sini juga di mengajarkan hal-hal Agama Islam kepada masyarakat Islam di sekitar Surabaya dan anak-anak muridnya yang ramai kemudiannya mengembangkan Islam ke serata pelusuk Pulau Jawa.

 

 

Makam Walisongo Sunan Ampel Di Surabaya

 

Makam Walisongo Sunan Ampel Di Surabaya

 

 

Kawasan dalam dan sekitar Masjid dijaga dengan baik. Kalau ke sini, sila pastikan anda membawa plastik untuk selipar atau kasut anda yang cantik. Kalau tidak, ia dikhuatiri akan hilang. Tetapi, ada pilihan, boleh sahaja mintak tukang jaga selipar di perkarangan masjid dengan bayaran hanya Rp2,000 untuk satu plastik. Maksudnya, boleh kumpul kasut dan selipar dalam satu plastik dan mintak dijaga.

 

 

Makam Walisongo Sunan Ampel Di Surabaya

 

Walisongo Sunan Ampel

 

 

Nampak tak kubur yang mempunyai batu nisan yang ditutup dengan kain putih? Itulah Makam Sunan Ampel dan sebelahnya ialah Makam isteri beliau. Kawasan ini sebenarnya kawasan larangan mengambil gambar. Namun selepas diminta dengan penjaga dan memberitahu tentang tujuan untuk dikongsi di Majalah, MrJocko dibenarkan mengambil gambar, tetapi sekadar 2-3 keping sahaja.

 

Untuk makluman, semasa kami sampai ke sana, hari Isnin. Tetapi memang agak mengejutkan kerana, sepanjang masa, tidak putus orang di sekitar Surabaya datang ke sini untuk melawat dan membacakan tahlil di Makam Sunan Ampel. Sesuatu yang jarang MrJocko lihat di Malaysia. Bermula seawal waktu Subuh sehingga selepas waktu Isya’, memang ramai.

 

 

Makam Walisongo Sunan Ampel Di Surabaya

Air ini ialah asalnya air perigi yang digunakan oleh Sunan Ampel di sekitar Masjid Ampel. Ramai pengunjung kalau ke sini, singgah untuk mengambil air sebagai kenangan. Air ini boleh di minum dan boleh di ambil percuma. Cuma kalau nak disedekahkan kepada Pengurusan Masjid, ia lebih afdal.

 

Pengalaman pertama kali ke Makam Wali Songo seperti Sunan Ampel ini memang membuka mata MrJocko. Ia sesuatu yang unik dan tidak ada di Malaysia. Masyarakat sekitar begitu mengagungkan Kewalian Wali Songo dan mereka memang menyanjung kisah-kisah dan sejarah perkembangan Islam Wali Songo di Pulau Jawa. 

 

Andainya anda ke Surabaya, selain dari membeli belah, singgah la di Masjid Sunan Ampel dan Makam Sunan Ampel, anda akan dapat pengalaman baru dan sesuatu yang unik sebagai pengalaman Sejarah Tamadun Islam anda di Pulau Jawa.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.