Orang Jawa Memang Rajin Bekerja

Sebelum ini MrJocko memang pernah sampai di Jakarta dan Bandung. Kali ini ke Surabaya dan Jogjakarta. Rata-rata keadaan di bandaraya ini hampir sama. Rakyat Indonesia punyai persamaan yang nyata iaitu rajin bekerja. Ramai antara mereka orang Jawa memang rajin dan kuat berkerja dari pagi hingga malam.

Ramai yang sedar dan tahu, taraf kehidupan rata-rata rakyat Indonesia di Surabaya dan Jogjakarta sememangnya dibawah paras kemiskinan. Walaupun begitu, masih ada juga orang kaya di Surabaya dan Jogja. Cuma yang miskin, jauh lebih ramai.

Rata-rata penduduk sekitar Surabaya dan Jogja hanya dapat mengumpul sekitar Rp1,000,000 sebulan iaitu kira-kira RM340. Lebih malang kalau ada antara mereka yang hanya mampu menerima upah kerja kurang dari nilai tersebut, bermaksud mereka memang tersangat miskin. Bukan kerana tidak mahu kerja tetapi kerana memang tiada peluang kerja untuk mereka.

 

kerja_orang_jawa_indonesia

Kerja orang Pulau Jawa

Kerja orang Pulau Jawa

 

Pemandangan seperti penjaja dikaki lima, penjual bakso kereta sorong, penarik bechak, penjaga parkir, trafik jalanraya dan macam-macam mereka buat untuk mendapatkan upah serendah Rp1,000 (RM0.34sen). Mereka memang rajin dan kreatif dalam mencari rezeki.

Mungkin kerana persaingan yang terlalu ramai, agihan yang ada terpaksa dikongsi ramai. Sebab itu, rata-rata mereka dihimpit kemiskinan. MrJocko diberitahu, hampir 90% penarik bechak tidak mempunyai tempat tinggal dan tidur di dalam bechak sahaja. Sangat menyedihkan.

Begitu la hidup mereka seharian. Kais pagi dan petang hanya untuk makan malam. Kita di Malaysia patut bersyukur kerana keadaan kita jauh lebih baik dari mereka. Sebab itu, kalau mereka rajin, kita harus lebih rajin untuk mencari rezeki kerana bumi Malaysia masih punyai peluang hang terlalu banyak untuk kita capai.

Orang Jawa memang rajin bekerja, respek dengan mereka.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.