Resipi Asam Perut Lembu Kelantan Yang Sedap

Hits: 41162

Cara Masak Resipi Asam Perut Lembu

 

Siang tadi singgah di Hypermarket Giant Gombak. Masa lalu kat bahagian barang basah, ternampak perut lembu yang sudah bersih di cuci. Nampak sedap pulak, apa lagi, beli la sepeket kerana nak balik cuba masa Resipi Asam Perut Lembu Kelantan.

 

Menu resipi Asam Perut Lembu ni selalu Arwah Ayah MrJocko masak masa dia kat dapur. Simple dan mudah tetapi sedap. Memang sedap. Walaupun hanya rebus dan dicampur sedikit bawang, garam, belacan dan limau nipis. Dah lama tak rasa Resipi Asam Perut Lembu Kelantan. Tu yang rasa terliur sangat ni.

Bahan-bahan untuk memasak resipi Asam Perut Lembu cara Kelantan ni, senang saja nak dapat di mana-mana kedai runcit yang ada jual barang dapur. Kalau nak beli di pasaraya, lagi la senang nak cari bahan-bahan untuk masak resipi Asam Perut Lembu Kelantan.

 
 
 
Resipi Asam Perut Lembu Kelantan Yang Sedap
 
Resipi Asam Perut Lembu Kelantan Yang Sedap
 
Resipi Asam Perut Lembu
Resipi Asam Perut Lembu Kelantan Yang Sedap

Baca : MrJocko dan Memasak cara Masterchef

 
 
 

Cara nak masak Resipi Asam Perut Lembu Kelantan ni mudah jer. MrJocko belajar sikit-sikit, tetapi lama dah tak masak. Antara bahan-bahannya :

 

1. Perut Lembu dihiris kecil secukupnya (500 gram)

2. Bawang Besar 2 biji

3. Bawang Kuning 1 biji

4. Limau Nipis 2 biji

5. 1/3 belacan (secukupnya)

6. Cili Api 10 biji ikut rasa

7. Garam dan Gula secukupnya

Cara memasak :

1. Panaskan air dan rebus perut lembu sehingga hampir empuk ( lebih kurang 10 minit)

2. Masukkan bawang besar, bawang kuning, belacan, cili, garam dan gula serta perasa.

3. Kacau sehingga sebati dalam beberapa minit sahaja kemudian angkat untuk dihidangkan.

4. Perah Limau Nipis ikut rasa dan hidangkan

 

Mudah kan? Kalau nak cuba, boleh la ikut menu resipi Asam Perut Lembu ala Kelantan yang MrJocko buat ni. Tak lama, kalau nak masak, tak sampai 15 minit sahaja, masakan asam perut ni dah siap. Mudah dan cepat serta memang rasa kampung terbaik. Cuba la yer.

 

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.