Review Alcatel BoomBand Fitness Tracker Wristband

Unruk hidup yang aktif, MrJocko akan cuba Review Alcatel BoomBand Fitness Tracker Wristband. Ia adalah gadget terbaru untuk seorang yang aktif dan sibuk seperti MrJocko. Apa fungsi sebenar BoomBand Fitness Tracker Wristband ini?

Ada banyak Fitness Tracker yang dijual dipasaran samada yang mempunyai jenama terkenal ataupun jenama biasa yang dijual secara berasingan. MrJocko berpeluang mencuba Alcatel BoomBand, Fitness Tracker Wristband yang disertakan sekali dalam unit smartphone Alcatel OneTouch IdolX+.
Alcatel BoomBand Fitness Tracker

 

Selama 2 hari MrJocko mencuba BoomBand ini, MrJocko memang teruja dengan gadget ini. BoomBand Wristband ini boleh mengukur kadar langkah setiap hari, kalori yang digunakan serta jauh perjalanan yang MrJocko langkah pada hari tersebut. Rekod ini membantu MrJocko untuk menilai pergerakkan dan aktiviti seharian.

Target yang ditetapkan oleh BoomBand ditentukan oleh faktor jantina, umur, tinggi dan berat. Apps BoomBand ini akan mencadangkan kepada pengguna untuk melakukan berapa langkah dalam sehari untuk memastikan penggunanya berada dalam keadaan sihat.

Sebagai contoh, dengan umur MrJocko, tinggi 156cm dan berat 75kg, MrJocko di sarankan supaya melangkah sebanyak 10,000 langkah sekurang-kurangnya, kalori sekitar 450 dan sejauh 7.5km.

 

Review Alcatel BoomBand Fitness Tracker Wristband

Fungsi Alcatel BoomBand Fitness Tracker Wristband

 

 

Jadi untuk kekal sihat, itu lah target seharian MrJocko untuk memastikan badan aktif dan tidak malas melakukan pergerakkan seharian. Target standard untuk fitness pun memang 10,000 langkah sehari. Anda bagaimana? Cukup kah 10,000 langkah sehari? Kalau ada wristband ini, senang nak kira langkah yang perlu kita buat setiap hari. Kalau tak cukup, kena la tambah lagi sehingga cukup kiraan.

Glamorous MrJocko

About MrJocko

Travel Blogger Malaysia, Influencer and TV Host

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.