GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Isu DNA Babi Dalam Cadbury Pandangan Dr Maza

Isu DNA Babi dalam Cadbury

 

MrJocko pernah menulis entry tentang dua jenis produk coklat Kisses dan Cadbury yang tidak halal semasa ke Johor Premium Outlet beberapa tahun lepas. Entry tersebut kembali panas beberapa hari lepas ekoran ada berita mengesahkan bahawa terdapat DNA Babi di dalam coklat Cadbury.

Hari ni terbaca komen dan pandangan Dr Maza tentang isu DNA Babi yang ada dalam Cadbury. Ini antara komen Dr Asri tentangĀ Isu DNA Babi Dalam Cadbury.

Membantah Cadbury itu sesuatu yang bagus sebagai hak pengguna yang tidak boleh diperdayakan. Namun, berlebihan dalam hukum seperti menyuruh samak mulut, tukar darah dan lain-lain adalah merupakan unsur ghuluw ataupun melampau dalam beragama. Islam itu tidak merepek dan menyusahkan seperti demikian rupa. Sesiapa yang termakan yang haram tanpa sengaja tidak dikira dosa dan seseorang tidak akan dihukum Allah atas perkara luar dari maklumat dan kemampuannya.

Malangnya, dalam masa yang sama kita tidak pula bising habis-habisan dalam perkara yang jelas haram seperti riba, korupsi, judi, salah guna harta awam dan seumpamanya.

Inilah fahaman Islam yang hanya terasa ‘haram babi, tapi tidak terasa haram judi, riba dan rasuah sedangkan dosa dan mudarat semua itu lebih besar dari babi.” Facebook Dr Maza

Glamorous MrJocko

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.