GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pembukaan Alcatel Concept Stores Di Plaza Low Yat

MrJocko dijemput untuk majlis Pembukaan Alcatel Concept Stores Di Plaza Low Yat. Alcatel Malaysia akan membuka kedai pertama seumpamanya, Kedai Konsep mereka ALCATEL ONE TOUCH Malaysia di Plaza Low Yat.

Pembukaan kedai konsep ini di Malaysia menandakan satu lagi pencapaian penting bagi Alcatel ONE TOUCH sejak kembali ke pasaran Malaysia pada tahun 2013. Alcatel Malaysia kini menjadi sebahagian daripada pelopor jenama alat komunikasi untuk mewujudkan jenama yang lebih kukuh dan berkualiti.

 Alcatel Concept Stores Di Plaza Low Yat
Pembukaan Alcatel Concept Stores Di Plaza Low Yat

ALCATEL ONE TOUCH, merupakan satu jenama TCL Komunikasi, kini berada di kedudukan ke-6 dari segi jualan telefon global. Dengan pembukaan Kedai Konsep Alcatel ini, pengguna boleh mendapatkan alat komunikasi smartphone jenama Alcatel dengan mudah dan murah.

Dengan pembukaan kedai ‘concept’ seperti ini di Low Yat, ia diharap dapat memberikan khidmat jualan produk Alcatel dan juga khidmat servis kepada semua pelanggan Alcatel samada yang baru atau pelanggan yang sedia ada.

Lebih mudah kalau ada kedai seperti ini kerana ia bina keyakinan pembeli untuk membeli produk Alcatel dengan lebih yakin. Kalau la ada masalah kemudian dengan smartphone, boleh la berurusan dengan mudah di sini, Alcatel Concept Stores Di Plaza Low Yat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.