Kraftangan Pusat Ukiran Chan Umar Bukittinggi

Hits: 204

Selain dari Pusat Pandai Sikek di Bukittinggi, di kawasan yang sama ada Pusat Kraftangan mengukir kayu yang terkenal diberi nama Ukiran Chan Umar. Pusat yang menjalankan aktiviti mengukir kayu ini memang terkenal di daerah Bukittinggi.  Tuan punya pusat ini bernama Bapak Chan Umar, seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) tetapi memang sangat berbakat dalam bidang mengukir kayu.

Di pusat ukiran kayu secara tradisional ini,  Bapak Chan Umar turut mengembangkan bakat dan skill yang ada padanya kepada penduduk tempatan yang bekerja dibawah seliaan Bapak Chan Umar.

Pusat Ukiran Chan Umar

Kraftangan Pusat Ukiran Chan Umar Bukittinggi

 

Kraftangan Pusat Ukiran Chan Umar Bukittinggi

 

Banyak jenis ukiran kayu yang ada di sini, dari frame gambar, frame tingkap, sehinggalah kepada ukiran kayu untuk sebuah pintu rumah. Semua boleh di buat dan ditempah di sini dengan harga yang memang murah.

 

Satu Ukiran Frame Gambar biasanya disiapkan dalam masa beberapa hari, Frame Tingkap dalam masa 1 minggu dan Pintu Rumah disiapkan dalam masa hampir sebulan, kesemuanya bergantung kepada saiz dan corak yang di tempat oleh pelanggan.

 

 

Kraftangan Pusat Ukiran Chan Umar Bukittinggi

 

Kraftangan Pusat Ukiran Chan Umar Bukittinggi
Kraftangan Pusat Ukiran Chan Umar Bukittinggi

 

Kraftangan Pusat Ukiran Chan Umar Bukittinggi
Kraftangan Pusat Ukiran Chan Umar Bukittinggi

Pusat Ukiran Chan Umar

Kalau ke Ukiran Chan Umar di Bukittinggi ini, boleh la beli kraftangan yang ada di sini sebagai kenangan. Kalau nak tempah khas pun boleh, tidak ada masalah kerana boleh di hantar sampai ke Malaysia dengan kos yang berpatutan. 

Hasil kerja di Ukiran Chan Umar ni agak kemas dan halus. Bayangkan betapa tekun nya mereka buat untuk hasilkan corak dan rekaan ukiran yang cantik. Kalau MrJocko buat, tak sampai sehari dah terus tak nak buat… 🙂

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.