Santai MrJocko Dan Family Di Tasik Perdana

Hits: 36

Hari minggu seperti hari ni, Sabtu, masa untuk santai MrJocko dan famili di Tasik Perdana. Kali ini bawa Baby Kayla untuk main buai kat sini. Tasik Perdana antara lokasi santai hujung minggu yang kami suka sebab parking yang senang, kedai makan best serta lokasi yang tak panas.

 

 

Santai di Tasik Perdana

 

Santai di Tasik Perdana

 

Outdoor di Tasik Perdana

 

 

Santai kami di Tasik Perdana mungkin berbeza dengan orang lain. Biasa kami akan sampai sekitar jam 8.00 pagi dan sarapan dulu di gerai sebelah dengan parking area playground. Menu favourite kami Mihun Sup dan juga Nasi Lemak.

 

Selepas sarapan, baru la kami jalan-jalan dan layan Khalish dan Hasya main kat playground atau jogging lap kecil di sana. Tak pun, kami semua layan naik trem pusing satu lake garden. Kalau yang Trem Panjang, bayaran cuma RM1. Kalau Trem pendek dan hanya untuk 6 orang, bayaran RM4 bagi seorang dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

 

Dah puas layan anak-anak main, baru la boleh balik. Kalau tak mesti Kakak Khalish dan Hasya masam muka sebab tak puas nak ber’playground’.

 

Hari ni beza sikit sebab MrJocko bawa Quad Copter layan kat sana. Sempat la main 2 – 3 round sebelum bateri quad copter tu habis…

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.