Fukuoka Open Top Bus Keliling Bandar Dengan Tour Bus

Hits: 118

Fukuoka Open Top Bus : Keliling Bandar Dengan Tour Bus

Fukuoka adalah sebuah bandar moden dan memang punyai tarikan tersendiri. Kalau nak pusing satu Fukuoka memang tak sempat satu hari, tetapi boleh dilakukan dengan cara terbaik dengan menaiki Fukuoka Open Top Bus, Keliling Bandar Dengan Tour Bus.

Perkhidmatan Fukuoka Open Top Bus ini semakin popular di Fukuoka kerana ini memberikan anda pengalaman melihat Fukuoka dari atas bas.

Fukuoka Top Open Bus ini mempunyai 2 warna iaitu Biru dan Merah. Setiap satu bas mempunyai laluan yang berbeza. Anda boleh semak di sini Fukuoka Top Open Bus Tour Routes

Fukuoka Top Open Bus Map

MrJocko berpeluang menaiki Fukuoka Top Open Bus berwarna biru dan membawa kami dari Fukuoka City Hall, menuju Hakata Bay dan pusing balik ke Daimaru. Ia memang best, tambah lagi kerana keadaan dingin dan sejuk menaiki Open Top Bus ini.

Perjalanan selama 1 jam (60 minit) bersama Fukuoka Top Open Bus memang satu pengalaman baru. Ia hampir sama dengan pengalaman menaiki Hop-On Hop-Off di Kuala Lumpur.

Fukuoka Bus Ride

 

Fukuoka Bus Ride

 

Fukuoka Open Top Bus : Keliling Bandar Dengan Tour Bus

 

Fukuoka Open Top Bus : Keliling Bandar Dengan Tour Bus

 

Fukuoka Open Top Bus : Keliling Bandar Dengan Tour Bus

 

Fukuoka Open Top Bus : Keliling Bandar Dengan Tour Bus

Masa perjalanan Fukuoka Top Open Bus ini bagi bas berwarna Biru ialah pada 9.30 pagi,, 11.30 pagi, 2.00 petang dan 4.00 petang. Saya cadangkan anda naik perjalanan yang bermula pada jam 4.00 petang kerana anda boleh melihat bandar Fukuoka pada waktu siang dan waktu malam.

Kalau nak cuba pengalaman Fukuoka Open Top Bus, boleh tunggu bas ini di hadapan pintu Fukuok City Hall atau maklumat lanjut di laman web Fukuoka Top Open Bus Japan

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.