Harga Nasi Lemak Roti Canai Di Fukuoka Jepun

Hits: 1233

Nak tahu Harga Nasi Lemak Roti Canai Di Fukuoka Jepun? MrJocko sertai Asian Pacific Festival Fukuoka 2014 berlangsung selama 5 hari bermula dari 8 Oktober sehingga 12 Oktober 2014 bertempat di perkarangan Fukuoka City Hall Fureai Hiroba di tengah bandaraya Fukuoka, Jepun.  

Semasa Asian Pacific Festival Fukuoka 2014 ini ada beberapa acara utama termasuk upacara persembahan kebudayaan negara-negara Asia Pacific termasuk Malaysia dan juga Food Festival Booth yang berada di sekitar perkarangan Fukuoka City Hall.

Penerbangan MAS Dari KLIA ke Osaka Jepun

Shinkansen Bullet Train Jepun

Makan Malam Di Restoran Tradisi Jepun Izakaya 

 Nak tahu Harga Nasi Lemak Roti Canai Di Fukuoka Jepun

Harga Nasi Lemak Roti Canai Di Fukuoka Jepun
Nasi Lemak Roti Canai Di Fukuoka Jepun

 

Nasi Lemak Roti Canai Di Fukuoka Jepun 

Nasi Lemak Roti Canai Di Fukuoka Jepun

Nasi Lemak Roti Canai Di Fukuoka Jepun

Menu Masakan Malaysia Nasi Lemak Roti Canai Di Fukuoka Jepun

Tourism Malaysia menghantar satu kumpulan kebudayaan dari Kota Kinabalu, yang diketuai oleh Ray Redzuan Awang yang mempersembahkan tarian kebudayaan Malaysia termasuk joget, chinese dance, tarian India, Sumazau dan banyak lagi. 

Untuk menu masakan Malaysia, Tourism Malaysia membawa sekali lagi menu masakan seperti Roti Canai, Mee Goreng Mamak, ABC, Teh Tarik, Jus Sirap dan menu baru yang dimartabatkan sebagai menu Ikon Masakan Malaysia iaitu Nasi Lemak. 

 

Nasi Lemak di Jepun
Nasi Lemak Roti Canai Di Fukuoka Jepun

 

Roti Canai di Jepun

Nak tahu Harga Nasi Lemak Roti Canai Di Fukuoka Jepun 

Nasi Lemak Roti Canai Di Fukuoka JepunNasi Lemak Roti Canai Di Fukuoka Jepun

  

Untuk menu masakana Nasi Lemak, Roti Canai dan Mee Goreng Mamak, harga satu hidangan ialah 600 Yen bersamaan (RM18) adalah harga promosi untuk Asian Pacific Festival Fukuoka 2014. Teh Tarik dan ABC pula dijual dengan harga 300 Yen iaitu RM9. Untuk Sirap, ia dijual dengan harga 200 Yen atau RM6.

Malaysia mengadakan persembahan paling awal di Asian Pacific Festival Fukuoka 2014 ini dan paling menarik juga, booth makanan menu masakan Malaysia di serbu seawal pagi dan ramai masyarakat Fukuoka beratur untuk mencuba menu Roti Canai Terbang, Nasi Lemak, Mee Goreng dan juga Teh Tarik. 

 

Menu Masakan Malaysia Nasi Lemak Roti Canai Di Fukuoka Jepun 

 

Secara peribadi, MrJocko boleh katakan penganjuran dan pembabitan Tourism Malaysia Osaka dalam program Asian Pacific Festival Fukuoka 2014 ini sangat-sangat berjaya. Tahniah dan ucapan TERBAIK buat Tourism Malaysia dan mereka yang berkerjasama gigih dalam menjayakan program ini kerana ia berjaya menjenamakan kembali kebudayaan Malaysia, produk pelancongan Malaysia dan makanan Malaysia kepada masyarakat Fukuoka.

 

Semoga usaha Tourism Malaysia ini akan terus berkekalan dan memberikan info yang terbaik buat potensi pelancong dari Jepun dan seluruh dunia.

 

Terima kasih buat Tourism Malaysia dan Fukuoka City yang menjemput MrJocko dan rakan Media RTM menrasai pengalaman di Asian Pacific Festival Fukuoka 2014

 

 

One Comment on “Harga Nasi Lemak Roti Canai Di Fukuoka Jepun”

  1. I’m very pleased to find this page. I need to to thank
    you for ones time for this wonderful read!! I definitely enjoyed every little bit of it and
    I have you bookmarked to look at new things in your web site.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.